Travelog Sudan
Saturday, December 17, 2011
Semalam di Sudan (2)
Semalam merdu sekali
gemersik irama padang pasir
sayup-sayup memanggil ku
menggamit aku kembali
betapa indah
Begitu ku rindu kehangatanmu
aduhai Sudan bumi bertuah
permata bernilai benua Afrika
ribut pasirmu menyesakkan dada
namun warna senja Sahara mu
indah menawan
Sungguh aku akan kembali
nantikanlah kehadiranku
ingin ku teguk kembali
air Sungai Nil
Sungguh akan ku ziarahi
maqam Al-Mahdi
wahai Khartoum dan Omdurman
untuk semarakkan semangat Islam
demi menilai pengorbanan
dan harga darah para syuhadaa.
(Khartoum, 3.45 petang)
Wednesday, April 1, 2009
Presiden Sudan melawat Arab Saudi selepas Qatar
Sejak hari Ahad 29 Mac yang lalu, Presiden Omar al-Bashir barada di Doha, Qatar untuk menghadiri persidangan Liga Arab.
Hari ini beliau berada ke Arab Saudi pula untuk lawatan serta mengerjakan umrah.
Sebelum ini telah diberitakan ada pihak yang menyarankan beliau tidak keluar Sudan kerana dibimbangi pihak ICC akan menahan beliau berikutan pihak itu mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kononnya atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai di Darfur.
Sunday, March 22, 2009
Omar Bashir akan ditangkap?
Satu waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir, telah dikeluarkan oleh pihak ICC, atas tuduh pembunuhan warga Darfur, sebuah wilayah Sudan.
Pihak Jawatankuasa Ulama Sudan pun menasihati al-Bashir supaya tidak menghadiri Persidangan Negara-Negara Arab yang akan diadakan di Qatar 30 Mac nanti sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan beliau ditangkap.
Walau pun Qatar bukan salah satu signitori kepada Perjanjian Rome, iaitu asas kepada perjanjian ekstradisi tajaan ICC, kita bimbang pihak ICC akan menggunakan cara non-konvensional bagi mengangkap presiden Sudan itu.
Thursday, September 25, 2008
Salam Idilfitri
Sempena 1 Syawal 1429 dengan kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk pembaca blog/blog-blog saya. Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita bertemu lagi di lain blog entri.
Friday, September 19, 2008
Kenangan mengusik jiwa
Bila terkenang hujan semalam
dingin terasa bahang panas di gurun ini
sering ku kenang kalimah terakhirmu:
"Pabila kau rindu, kenanglah kembali
hujan di senja kala di gurun ini,
nescaya rindumu menjelma sebagai
sekuntum mawar harum mewangi."
Di manakah kau kini sayang,
di mana...
telah sering aku terdengar
suaramu di angin lalu
dan wajahmu bak bulan purnama...
Namun ku tahu
kita akan bertemu
menjalin kembali
kasih yang hilang.
KLIA - 3.8.2008
Monday, June 23, 2008
Semalam di Sudan
SEMALAM DI SUDAN
Demikian jadinya pertemuan ini
Aku terdampar di pinggiran gurun Obaied
Menjadi tetamu satu petang di Wadi Benjadid
Hanya seketika mengecapi kemanisan mangga
Yang harum di dusunmu wahai Benjadid
Pada ketika yang lain pula
Aku menjadi musafir di lebuhraya
Menuju ke Khartoum menjalar di sepanjang
Padang pasir ini
Cuma sempat singgah di Kosti
Untuk menikmati keenakan ikan dari Sungai Nil
Dan memandang bunga-bunga yang indahmu
Walaupun sesekali aku terpaksa
Merempuh ribut pasir yang memedihkan mata
Bila tiba di plaza tol Jabal Auliya
Aku tahu aku akan tiba ke Khartoum
Bertemu dengan wargamu yang ramah mesra
Aku disambut dengan senyuman lebar
Walau aku tahu kau serba kekurangan
Pernah sekelumit waktu aku berhenti bermalam
Di pelabuhan Port Sudan
Dapat juga aku makan ikan dan lobstermu
Duhai Port Sudan
Aku gembira wahai Port Sudan
Walau aku terpaksa merasai
Kepanasan bahangmu wahai Sudan
Aku bahagia bersamamu
Biarpun buat seketika
Kini aku telah pergi meninggalkanmu
Namun aku tahu aku akan kembali lagi
Seperti kata-kata hikmat orang tua2 Sudan
“Sekali kau telah meminum air dari Sungai Nil,
Kau pasti akan datang kembali ke Sudan…”
Selamat tinggal Sudan, selamat tinggal
Di lain masa kita bertemu lagi.
Alang Bidara. 6 Jun 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)